automlmanda cara buat website

Pakej AutoMLMAnda adalah tempat untuk anda belajar cara membuat website dan membuat promosi di internet secara PERCUMA.

Dengan memasukkan nama dan email anda dalam borang di sebelah ini, kami akan membawa anda terus ke website utama Pakej AutoMLMAnda di mana di sana anda akan dapat mempelajari teknik dan cara membina website secara percuma serta teknik-teknik membuat promosi perniagaan anda secara online.

ruzaimy-pakej-automlm-belajar-buat-website-percuma-gdi-trafficwave-slimberry Dibawakan oleh:
Ruzaimy Ismail
ruzaimyismail@gmail.com
Tel: 019-2268609
panduan-belajar-cara-bina-website-facebook-icon panduan-belajar-cara-bina-website-twitter-icon panduan-belajar-cara-bina-website-google-buzz-icon panduan-belajar-cara-bina-website-linkedin-icon



   
Nama
Email





Apa kata orang lain mengenai AutoMLMAnda ini.
buat website
Roslam Muhammad
012.989.5060
Facebook
Website
Assalamualaikum wbh. Tuan Sifu,

Terlebih dahulu saya doakan moga Sifu sihat2 dan hepi2 selalu.

No.1 - Pendapat mengenai website AutoMLMAnda ini.. (Tulis pun dah macam ori punye ejaan he2).. Itulah nak bagitahu kuatnya penangan website AutoMLMAnda sifu Mazelan ini. Website ini sememangnya yang terbaik(hati?) pernah di wujudkan di alam maya dan di alam siber ini yang pernah saya temui setakat ini....

Ya! Betul seperti kata Sifu, anda tak akan temui di mana2 website yang memberi tunjuk ajar sebegini terperinci dari tulisan hingga ke video sampailah ke email follow-up setiap hari. Dan yang paling hebatnya lagi, segalanya adalah PERCUMA sahaja... mana nak dapat beb??? Bagi saya bertemu dengan AutoMLMAnda ini adalah satu rahmat.. sebabnya, dari sinilah saya dapat tambah ilmu IT, tambah kawan dan sekarang ini dah dapat tambah duit poket lagi..
         
No.2 - Mengenai email kempen ini, kandungan dan isinya juga sangat2 berfaedah dan berilmu untuk digunapakai di dalam bisnes internet hari ini, dan jika diamalkan satu persatu seperti yang diajar, insyaAllah akan membuahkan hasil dalam masa yang singkat saja..

No.3 - Apakah hasil dan faedah yang diperolehi dari website dan email kempen tersebut?
Ok soalan ni sudah semestinyalah jawabannya sangat2 berfaedah dan sangat berilmu internet. Sapa2 yang buta IT sekalipun (bukan buta mata ye..) jika diberikan website AutoMLMAnda ini, dan jika dibaca serta dicuba dan amalkannya, saya yakin orang itu akan celik IT dengan cepat sekali.. Dalam 2-3 hari saja dah boleh buat website sendiri...

Akhir kata, jutaan terima kasih sekali lagi kepada upline yang memperkenalkan AutoMLMAnda ini kepada saya dan juga kepada Sifu Mazelan yang begitu tabah, sabar dan ikhlas sekali dalam mencipta website kebajikan ini untuk semua orang di seluruh dunia.
         
Semoga Sifu mendapat rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat. Amin.

Daripada: gdibiznes@gmail.com
buat website
Ismail Yusof
0125931167
Facebook
Website
AutoMLMAnda saudara telah membukakan saya kepada apa itu dunia Internet Marketing yang sebenarnya dan mengajar saya selok belok dan sepak terajang dalam business ini. Ianya adalah sebuah tutorial percuma yang julung2 kali memberi nasihat dan petunjuk yang ikhlas kepada bakal2 Internet Marketer. Ia cukup lengkap dan merangkumi segala aspek pengetahuan mengenai Internet Marketing. Tidak perlu beli ebook yang sudah tentu mahal harganya. Secara peribadi saya pernah ditawarkan untuk membeli ebook yang isi kandungan sama seperti AutoMLMAnda dari sebuah website dengan harga diskaun. Harganya - USD459.00 atau lebih kurang RM1,300! Nasihat saya pada bakal2 Internet Marketer sertailah tutorial ini. Jangan jadi macam saya; sudah banyak masa dan duit habis baru diperkenalkan kepada AutoMLMAnda. Saya hanya mampu menepuk dahi sahaja!
 
Mengandungi nasihat2 yang cukup berguna buat mereka yang baru menceburi di bidang Internet Marketing ini. Nasihat2 yang saya kira daripada seorang yang berpengalaman di dalam bidang ini tidak boleh di pandang remeh.
 
AutoMLMAnda dan emel kempen saudara telah mengajar saya banyak perkara2 yang sebelum ini tidak pernah saya terfikir boleh dilakukan oleh orang biasa seperti saya yang hanya bekerja sebagai kerani cabuk. Alhamdulillah sekarang saya boleh menjalankan business online saya dengan lebih berkeyakinan lagi. Terima kasih saudara Mazelan dan diminta halalkan segala ilmu yang telah diperturunkan kepada saya. Hanya tuhan dapat membalasnya. Amin.

Daripada: yusofismail79@yahoo.com

Pengumuman: Semasa Tuan Ismail Yusuf menghantar email ini, dia baru sahaja keluar dari hospital kerana sakit allergy yang sangat serious, jadi saya memohon doa daripada kita semua supaya Tuan Ismail diberi kesihatan dan keberkatan. Amin
Mazelan Abas
buat website
Abdul Hadis Apul
0198424144
Facebook
Assalamualaikum...

Pertama kali saya terjumpa website AutoMLMAnda ini, saya fikir ianya satu website perniagaan MLM kerana namanya ada tertera MLM. Tetapi apabila saya membuka website ini, sangkaan saya silap kerana website ini memberikan panduan-panduan tentang perniagaan internet, yang menariknya diberikan secara percuma.

Pada mulanya saya kurang percaya website ini akan memberikan panduan-panduan ini secara percuma. Ini kerana saya telah mendapatkan panduan-panduan seperti ini secara berbayar di tempat lain. Tanpa berlengah lagi saya terus memasukkan Nama dan Email seperti yang diminta untuk dapatkan panduan-panduan itu, sebab bukannya perlu membayar pun... Percuma... :-)

Bila saya dah masuk ke dalam tempat latihan/panduan-panduan itu, saya rasa terkejut kerana website ini betul-betul memberikan panduan-panduan tentang perniagaan internet secara percuma, malah lebih baik daripada apa yang saya perolehi daripada panduan-panduan yang berbayar sebelum ini, dan saya berasa rugi juga kerana lambat jumpa website ini... :-)

Antara panduan-panduan yang diberikan, ialah bagaimana membina website sendiri, bagaimana menggunakan autoresponder, bagaimana mempromosikan website di internet dan lain-lain lagi. Semua panduan-panduan yang diberikan adalah senjata utama untuk berjaya dalam perniagaan internet.

Selain itu juga, setiap hari saya menerima satu email yang mengandungi tips dan motivasi yang amat berguna. Percayalah saudara/i tidak akan rugi dan ianya sangat berguna jika saudara/i berminat dengan perniagaan internet.

Sekian, terima kasih.

Abdul Hadis Bin Apul
0198424144


Daripada: abd.hadis@gmail.com
Apa kata orang lain mengenai AutoMLMAnda ini.
buat website
Muhammad kadri
0176772557
Facebook
Website
Salam sejahtera,

1. Pendapat saya tentang website AutoMLMAnda ini, adalah ianya satu dalam berjuta website yang terdapat di dalam search engine di google, tidak ada website seumpamanya. Syabas sifu Mazelan kerana membukukan segala teknik membina website dan promosi. Usaha ini saya percaya bukan suatu yang mudah, dan tak ramai yang sanggup membuatnya, pengorbanan masa  sifu amat dihargai. Dan saya sendiri kini mendapat banyak manfaat daripada website tersebut dengan menjadikannya sebagai modul pembelajaran untuk  membina rangkaian  perniagaan MLM saya. TAHNIAH sekali lagi jasamu tetap di kenang...

2. Pendapat saya tentang email kempen sifu, tulisan tuan sangat ikhlas dan mesejnya sampai kepada setiap pembaca, siapa yang tak baca memang rugi besar dan terlepas banyak informasi yang jarang orang mahu kongsikan.

3. Mafaat bagi saya, dapat menggunakan segala nasihat dan panduan yang diberi dan menjadikannya sebagai kayu ukur untuk saya membuat tindakan, dalam usaha meluaskan lagi jaringan saya.



Daripada: usahawanmelayu88@gmail.com
buat website
Azman Ab. Rahman
013-9288485
Facebook
Website
Salam.

Pada pendapat saya, website AutoMLMAnda memang bagus dan menarik kepada mereka yang baru melibatkan diri dalam perniagaan internet macam saya. Di dalamnya banyak ilmu2 yang boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam membina website, lagi pun ianya memang diberikan secara PERCUMA. Terima kasih saudara Mazlan. Sebelum ini saya tidak tahu langsung mengenai website, tetapi selepas wujudnya AUTOMLMANDA, di dalam PC saya, saya dapat membina website2 mengikut kreativiti saya. Cth website yang telah saya buat :

1. http://abar.ws/belalangbiz1.html
2. http://abar.ws/Rahsia Internet.html(masih dlm pembinaan)
3. http://abar.ws/rahsia-trafficwave.html
4. http://abar.ws/video-latihan.html

Itu adalah beberapa website yang saya bina sendiri melalui pembelajaran saya di dalam AUTOMLMANDA.

Memang banyak faedahnya. Isi kandungan email kempen tersebut memberi maklumat2 yang berguna kepada saya dan juga dapat membuka minda saya, mengeluarkan idea2 yang terbaik kepada pelawat website saya supaya mereka dapat sama2 melibatkan diri dalam perniagaan internet yang termasyhur pada abad ini, samada mereka turut sama menjayakan perniagaan saya atau mereka dapat mengembangkan perniagaan mereka sendiri.

Saya juga mengharapkan sifu Mazlan dapat mempromosikan website2 tersebut.

Terima kasih saya ucapkan kepada Sifu Mazlan dalam penerbitan AUTOMLMANDA tersebut, yang banyak memberikan ilmu2 berguna kepada saya.

Tk.

Daripada: manseribong@yahoo.com
buat website
Birwan Ismail
013-5529010
Facebook
Website
Salam..

Terlebih dahulu saya amat berbesar hati kerana saudara Mazelan memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang testimonial saudara untuk dimasukkan ke dalam website terbaru anda. Semoga ianya akan memberikan manfaat buat kita semua.

Pada pendapat saya, website AutoMLMAnda adalah salah satu website yang sangat membantu dan saya perlukan selama ini kerana banyak ilmu-ilmu yang menerangkan tentang cara-cara pembinaan website sehinggalah bab promosi begitu lengkap dan jelas telah dimasukkan dalam website AutoMLMAnda. Secara jujur saya katakan, website inilah yang terbaik pernah saya jumpa. Tentang kempen email pula, saya amat berpuas hati kerana isi kandungannya telah banyak membimbing saya contohnya, apakah asas yang harus dimiliki oleh seorang IM sebelum memulakan perniagaan internet. Sekarang saya telah memiliki website sendiri hasil dan faedah dari email kempen dan website AutoMLManda.

Terima kasih saudara Mazelan Abas..

Daripada: birwanismail@gmail.com
Apa kata orang lain mengenai AutoMLMAnda ini.
buat website
Shakirah Mohd Amran
019-241 7808
Facebook
Website
Salam En Mazelan,

Sebagai seorang newbie di dalam Internet Marketing, terlalu banyak yang telah saya pelajari dari AutoMLMAnda. Daripada seorang yang buta IT saya telah berjaya menghasilkan website saya sendiri serta menjana pendapatan. Ilmu yang En Mazelan curahkan ini tak ternilai harganya. Tidak pernah saya sangka seorang top Internet Marketer sanggup berkongsi ilmu secara PERCUMA. Email kempen yang saya terima mengandungi tips2 terkini dan banyak membantu saya mempromosikan website saya. Bahasanya ringkas dan senang untuk difahami lebih2 lagi oleh beginer macam saya.

TQVM sifu!
Daripada: falahisha@gmail.com
buat website
Matnor Wan Ismail
Facebook
Website
Salam saudara Mazlan,

Pertama sekali saya hendak ucapkan syabas kepada anda kerana atas usaha anda, ramai pengguna internet yang sebelum ini hanya berminat dengan perniagaan internet tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukan perniagaan internet ini dapat menimba pengetahuan daripada perkara asas seperti membina website sehinggalah melakukan promosi.

Saya amat bersyukur kerana diperkenalkan dengan En. Mazlan  kerana ilmu-ilmu yang diberikan oleh En. Mazlan melalui website AutoMLMAnda amat berguna sekali kepada saya. Mana hendak cari orang yang sudi membimbing anda secara lengkap dengan percuma.

Daripada Matnor

Daripada: serai_kayu@yahoo.com
***********************************************************************************
Apa jua perniagaan anda, anda tetap memerlukan ilmu pemasaran di sini....


buat website
Zalifah Abdul Rahman
Shah Alam, Selangor Malaysia
+60132552883
http://zalithegreat.blogspot.com
Facebook
http://zalithegreat.ws
Salam Encik Mazelan,
Sesungguhnya AutoMLMAnda tu banyak membantu saya. Saya tak sangka ada website sebegitu rupa yang sangat berinformasi dan berguna.
Saya akan merujuk ke website tersebut jika ada masalah atau ingin belajar dengan lebih terperinci lagi. Takde lagi la kat Malaysia yang offer ilmu bina website secara percuma. Dulu sebelum saya jumpa AutoMLMAnda saya ada membeli ebook cara bina website tapi tau ajelah, dah namanya pun buku, mana ada guru nak tunjuk dengan tepat.

Tapi dengan adanya AutoMLMAnda ia lebih mudah lagi. Insyallah kalau ada kelapangan saya nak attend pula kursus bina website dengan En Mazelan agar lebih terer lagi dalam pembinaan website ni. Tak sangka bukanlah susah sangat nak buat website yang simple.
Apa yang lebih saya suka ialah email-email kempen yang saya terima dari En. Mazelan. Padat dengan informasi dan saya gunakan pula untuk kempen email saya. Sharing is caring...

Terima kasih Encik Mazelan sebab wujudkan AutoMLMAnda dan juga email-email yang tidak jemu-jemu masuk ke inbox saya. Really appreciate it!

Daripada: zalifah.rahman@gmail.com
buat website
Shamsu Redzuan Mohd Salleh
H/P: 0132790130
Facebook: Shamsu Redzuan
Salam Mazelan Abas,

Saya telah mengikuti kandungan website saudara mengenai AutoMLMAnda.
Ianya mengandungi formula dan sangat berguna untuk membuat website.

Daripada: sharedz@yahoo.com
buat website
Zain Mazlan @ Mezain
HP: 0193430012
Facebook
http://bisnesdomain.ws/
Website AutoMLMAnda sangat membantu bagi mereka yang ingin belajar membina website sendiri di samping dapat menjana pendapatan hasil dari program affiliate hosting dan sistem autoresponder yang diperkenalkan melalui AutoMLMAnda ini.

Emel kempen yang dihantar setiap hari juga padat dengan ilmu pengetahuan dan tips-tips mengenai perniagaan internet yang sebenar. Saya rasa ramai yang telah memperolehi manfaat hasil dari website AutoMLMAnda yang dicipta oleh saudara Mazelan ini dari segi mengembangkan perniagaan mereka secara online dan juga mengumpulkan mailing list bagi tujuan promosi perniagaan.

Saya juga telah menerima beberapa tempahan membina website dari website yang saya bina hasil dari ilmu yang saya perolehi dari website AutoMLMAnda. Bagi mereka yang ingin belajar membina website sendiri, saya amat mengesyorkan anda belajar melalui AutoMLMAnda ini kerana ianya disediakan secara PERCUMA sahaja tanpa sebarang bayaran.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada saudara Mazelan kerana telah memperkenalkan website AutoMLMAnda.

Daripada: mzane69@gmail.com
Apa kata orang lain mengenai AutoMLMAnda ini.
buat website
mhd yusof abd ghoni
0174769953
Facebook
http://easybizz.ws/workshop/
Salam Tuan,

Tahniah3!
Tuan sangat cemerlang dan berusaha berterusan untuk membawa AutoMLMAnda ke peringkat Global. Saya kagum dengan kesungguhan Tuan. Semoga usaha Tuan membuahkan hasil.

Saya tetap meneruskan legasi Tuan dengan cara saya tersendiri. Saya bukan Mazelan Abas mahupun klon Mazelan Abas. Namun apa yang saya kongsikan dengan setiap peserta bengkel saya adalah 100% berlandaskan saranan yang saya dapat dari Mazelan Abas. Saya yakin Tuan lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap peserta bengkel. Berkongsi secara 1 on 1 dengan setiap perserta, itu pendekatan saya. Walaupun saya tidak bergabung dalam rangkaian bengkel Tuan, saya tetap menyokong tanpa berbelah bahagi setiap inisiatif Tuan yang murni.

Mudah2an dapat kita sama2 berkongsi menyumbang ilmu kepada sahabat2 kita yang perlukan bimbingan dan bantuan supaya dapat memulakan langkah pertama dengan betul memasuki persada Internet.

Saya selalu ingatkan setiap peserta bengkel sebelum dan selepas kursus, "jangan pasang angan2 mencipta ringgit di Internet tanpa ilmu"

Semoga usaha Tuan diberkati.

Daripada: mhdyusof.abdghoni@gmail.com
buat website
Mohd Fazli Izwan
013-3310145
Facebook
panduaninternet.ws


Banyak maklumat mengenai pemasaran internet yang boleh didapati secara percuma di sini. Di luar mungkin saya terpaksa bayar ribuan ringgit untuk mendapatkan informasi seperti ini.

Email kempen yang diberikan selalu dikemaskini dan saya selalu up to date dengan perkembangan teknik pemasaran internet.

Hasil daripada ilmu percuma yang diberikan Encik Mazelan, saya berjaya membina laman web saya sendiri tanpa perlu mengupah orang. Saya lakukannya sendiri secara percuma.



Daripada: fazlizwan@yahoo.com.my
AutoMLMAnda
Tempat untuk Anda Belajar Membina Website dan Online Marketing secara
PERCUMA.


Punca dan penyelesaian untuk mengelakkan anda dari terjerumus ke dalam golongan yang gagal 97%
semuanya ada di sini.


Happy Learning
buat website
Zaiton Afandi
0132823998
Facebook
Website
Pakej AutoMLMAnda, Laman ini sememangnya sangat berguna sebagai titik tolak kepada impian saya untuk membina sebuah perniagaan online. Pertama kali saya menjenguk ke laman yang penuh dan sarat dengan ilmu ini, saya dapat merasakan inilah peluang yang sangat-sangat saya nantikan, di dalam AutoMLMAnda ini saya diajar pelbagai cara yang sememangnya tidak diketahui umum. Jika sesiapa yang berkunjung ke laman ini, saya yakin mereka juga mampu belajar dan membina laman web sendiri. Menariknya adalah, semua yang saya pelajari adalah PERCUMA!!

Setiap hari saya mendapat motivasi dan info baru daripada saudara Mazelan. Sebagai pengguna baru di laman AutoMLMAnda ini, saya banyak belajar cara penulisan yang dihantar melalui emel kempen saudara. Jika dahulu saya tidak pasti dan tidak terfikir untuk menghasilkan penulisan seperti saudara. Setelah menyertai AutoMLMAnda saya mula belajar setiap emel kempen yang dihasilkan dan belajar bagaimana menarik perhatian umum. Terima kasih dengan ilmu yang dicurahkan.

Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari akhirnya saya berjumpa cara membina laman WEB yang mudah dan sangat berkesan, sebelum ini pernah juga saya melanggan ebook2 yang ada di dalam internet, tetapi ternyata AutoMLMAnda telah membuka mata saya untuk terus berkecimpung di dalam bidang pemasaran di internet. Apa yang saya perolehi dari laman ini sememangnya mampu untuk saya gunakan dan saya kongsikan kepada bakal marketer di luar sana. Walaupun belum nampak hasilnya dari segi kewangan tetapi saya yakin dengan tunjuk ajar saudara Mazelan dan saya juga mampu dikenali seperti saudara.

Terima kasih kepada saudara Mazelan Abas

Daripada: mastermuzo@gmail.com
Apa kata orang lain mengenai AutoMLMAnda ini.
buat website
Noor Azlyza Samsuri
0122857953
Facebook
Website Pakej AutoMLMAnda ini banyak memberi saya pengajaran dan panduan berguna dari pelbagai segi terutamanya dalam membuat website. Walaupun saya belum attend class membuat website, memang tak dinafikan kalau tanya kat sesiapa pun takkan ada orang yang akan mengajar cara membuat website secara PERCUMA. Baru-baru ni saya ada lalu kat area Bt Caves dan ternampak satu iklan belajar website dan saya jangkakan itu adalah basic membuat website dan tak mungkin boleh cover banyak perkara seperti di dalam AutoMLManda dan charges untuk itu adalah RM699. Wow.. sungguh untung orang itu... dan secara peribadi ini adalah normal. Kalau nak belajar lebih ada xtra bayaran itupun kena pilih ikut Modul-modul yang diletakkan di dalam package yang ditawarkan. eg Advance Website I atau Advance Website II.. (Marketing Strategy)
 
Sebagai seorang pekerja dan student, saya amat kagum dengan website AutoMLManda ini kerana 'very rich'. Susah nak terangkan makna di sebalik itu tetapi hanya orang yang memahami dan mendalami pembelajaran dan memasukkan jiwanya ke dalam apa yang sepatutnya seseorang itu perlu tahu untuk mendalami ilmu website ini, saya pasti seseorang itu dapat 'feel' itu....
 
Satu perkara lagi, saya sungguh 'salute' n kalau boleh nak bagi 'standing ovation'  kepada En Mazelan kerana
1. Tak kedekut ilmu....
2. Sentiasa update/upgrade perkara2 baru
3. Sharing dengan semua orang supaya tak ketinggalan dalam membuat website
4. Mudah dihubungi
5. Pertolongan yang ikhlas dan tak berbelah bagi...
Ini secara tidak langsung dapat melatih seseorang individu itu menjadi Specialist atau Expert. Kebiasaannya tak semua orang akan membuat sebegini kerana 'as normal human behavior' mula2 berkobar2 lepas tu pandai2lah...
 
2. Emel kempen yang dihantar setiap hari melambangkan bahawa sender tersebut adalah seorang yang 'real' dan konsisten. Saya rasa berbaloi menjadi salah seorang subscriber En Mazelan kerana isi kandungan di dalam email kempen tesebut membuatkan saya tidak pernah lupa atau terpesong dengan niat saya untuk memajukan diri. Dengan kata lain segala nasihat, pengalaman dan pelajaran yang diberikan, saya jadikan sebagai Motivasi untuk diri saya.
 
Dengan kata lain, setiap hari bila datang kerja perkara wajib yang pertama ialah check email. Saya boleh katakan En Mazelan seorang yang 'real' kerana setiap pelajaran di dalam AutoMLManda dipraktikkan dan setakat ini tidak pernah fail dengan Autorespondernya. Betapa hebat kuasa Internet Marketing... MasyaAllah... Kadang2 saya tertanya2 dengan diri sendiri boleh ke saya buat macam ni? 

3. Hasil daripada website dan email kempen? Wow.. sangat lumayan... Hehehe...
Apa yang dapat saya sharekan di sini ialah sebagai individu kita mesti bersyukur kerana ada orang yang sanggup mencurahkan ilmunya dengan percuma dan bukan calang2 ilmu kerana pelbagai faedah yang boleh kita dapat selain daripada belajar ilmu membuat website dan pendapatan yang membolehkan kita duduk di rumah serta lepas duit dapur. Yang tu kita kena muhasabah diri dan identify sendiri perkara2 ajaib yang akan berlaku ke atas diri kita bila kita dah launch website atau business kita tu nanti... Wallahualam Apa yang penting.. ikut betul2 pelajaran yang diajar, duplicate n copy.. copy.. copy n copy.... Pasti berbaloi...

Sekian, terima kasih.

Daripada: babybluemine@gmail.com
buat website
Mohd Shah A Hamid
019 2805289
Facebook
Website
Salam, saya rasakan web yang anda utarakan ini adalah sangat bagus dan banyak memberi manafaat kepada sesiapa yang tidak faham mengenai perjalanan perniagaan Internet ini. Walaupun saya masih agak kabur tetapi penjelasan yang di ajarkan amat baik dan berguna kepada orang-orang seperti saya ini. Mungkin ramai lagi kawan-kawan kita yang di luar sana yang tidak berapa mahir macam saya dapat mempelajarinya. Jangan lepaskan peluang ini kerana tutorial yang diberikan, saya nampak adalah jelas dan ikhlas dari tuan.
Terima Kasih.



Daripada: mabd.hamid@yahoo.com
buat website
Syed Abd. Hamid Syed Noh
0124294484
Facebook
Website
1. Pakej AutoMLMAnda memang baik dan mantap.
 
2. Sesuai dijadikan panduan kepada Internet Marketer yang baru seperti saya. Isi kandungannya mencukupi bagi yang baru belajar.

Daripada: mabd.hamid@yahoo.com
Salimah Suhaimi
0193831525
Facebook
Website
HEBAT TIADA TANDINGANNYA DI DUNIA INI! KAT MALAYSIA U SEORANG JE THE BEST! CUKUP BERNAS! PUAS HATI...... TAMBAH LAGI AYAT-AYAT POWER... BANYAK LAGI.... KELUARKAN SEGALA IDEA YANG ADA... JANGAN SIMPAN.... ILMU KENA KONGSI... BARU BERKAT HIDUP!

ILMU YANG BERMANFAAT TERUTAMA ZAMAN TEKNOLOGI, ZAMAN KETIKA INI! ... BERBALOI DAN LEBIH DARI ITU....

PANDANGAN SAYA...... U ADALAH SEORANG GURU YANG BERTANGUNGJAWAB.... BAIK DAN PERAMAH SERTA MAHU BERKONGSI ILMU DENGAN MASYARAKAT YANG KETANDUSAN ILMU IT....  U IS THE BEST...... BUATLAH DENGAN IKHLAS PASTI BERKAT SEPANJANG HAYAT!!.... BAHAGIA DUNIA AKHIRAT...


Daripada: salmasa2009@gmail.com
buat website
Mohd Sukeri Halim
Facebook
Website
Sekalung tahniah kepada Encik Mazelan bin Abbas.

Ini adalah pandangan ikhlas saya yang lahir dari hati saya sendiri, ingin berkongsi dengan bakal usahawan, para leader, otai-otai, pemimpin-pemimpin MLM/NETWORK tradisional.

Nama saya Mohd Sukeri bin Halim dari Sungai Petani Kedah yang sudah berkecimpung dalam bisnes MLM secara Fulltime, selama 10 tahun sampai sekarang. Biasa mendapat income sampai 5 angka sebulan dengan satu syarikat di utara tanahair. Masih membawa produk syarikat ini sampai sekarang.. Mengembara ke seluruh pelusok Malaysia dengan menyertai karnival-karnival seluruh Malaysia untuk menjual produk syarikat. Kadang2 lebih dari seminggu lamanya merantau ke negeri dari satu negeri. Letih sungguh meletihkan, tapi nak buat macam mana inilah mata pencarian utama dalam menyara keluarga terpaksa diteruskan juga hinggalah saya kurangkan aktiviti ke luar apabila isteri saya sarat mengandung anak ke empat. Ini memberi banyak masa kepada saya bermuhasabah diri mengkaji, memikirkan, mencari jalan cara untuk memberi saya Kebebasan Masa dan Kewangan yang SEBENAR. Pertemuan dengan AUTOMLMANDA adalah secara tidak sengaja dengan subscribe website Encik Hashim Edin. Saya lihat email kempen yang saya baca hari demi hari betul-betul KENA apa yang saya alami sebagai Usahawan MLM konvensional. Kalau peratusan, saya anggarkan 80% KENA pada saya. Lepas itu saya nekad belajar ilmu baru ini. Saya buang ego saya jauh-jauh untuk belajar AUTOMLMANDA ini dari Encik Hashim Edin sehinggalah sekarang saya mempunyai 2 website bisnes dari 2 buah syarikat yang saya sertai. Ini adalah usaha saya sendiri selama hampir 2 bulan siap bagaimana belajar nak marketkan website saya dan sekarang saya sudah dapat menjana income dari Autoresponder dengan beberapa usahawan sudah menjadi member paid autoresponder TrafficWave. Saya sekarang bercadang untuk menjadikan GDI sebagai income saya yang ke empat. Kepada bakal usahawan MLM/Network cara lama, jangan tunggu lagi.. Di bawah ini adalah cerita saya yang saya ingin kongsi kepada sesiapa yang ingin mencari Kebebasan Masa dan Kewangan yang sebenarnya.

Saya ceritakan bagaimana saya belajar buat  website dan saya menjana income dari satu syarikat yang saya sertai. Lihat di inbox email sudah ada pegesahan pembayaran dari bakal usahawan yang sertai network saya.. hebat sungguh hanturaya tu (Autoresponder). Lihat berapa bonus yang saya boleh dapat.

1) Bonus dari syarikat yang kita sertai (2) Bonus dari TrafficWave jika ada usahawan mahu autoresponder sendiri.. duit lagi (3) dari GDI.. ini bonus pada pendapat saya adalah bonus pencen, kita sudah ada website sendiri bila kita bimbing bakal usahawan yang ingin belajar buat website, ini memberi kekuatan tambahan kepada kita. Cuba bayangkan  income yang boleh saya dapat kerana saya sekarang sudah mempunyai 2 website dari syarikat yang berlainan. Baru2 ini saya dengar dari jiran saya yang mempunyai kedai runcit di taman saya, jiran sebelah saya bertanya kepada kawan saya pemilik kedai runcit tu, DIA TU KERJA APA ASYIK DUDUK RUMAH SAJA.. Bagi saya biarlah kalau jiran saya tengok cerita saya dan tengok pengesahan pembayaran dari inbox email saya tentu dia terbeliak mata.. itulah hebatnya ilmu baru AUTOMLMANDA

Daripada: irodology8@gmail.com
buat website
Siti Khairiyah
Facebook
Website
AutoMLMAnda sangat bagus.

Alhamdulillah dengan ilmu bagaimana membuat website tersebut saya praktikkan sehingga mahir akhirnya saya dapat juga belajar membina website sendiri walaupun miniwebsite.

Sedikit sebanyak memang dapat membantu saya menjalankan biz online saya.

Tq sifu Mazelan & Azhar.

Jasamu dikenang.... Semoga dimurahkan rezeki.. amin



Daripada: izwani19@gmail.com
Apa kata orang lain mengenai AutoMLMAnda ini.
buat website
Azizi Mohamad
019-4719552
Facebook
Website
Assalamualaikum,

Testimonial saya, "Bagi saya AutoMLManda amat-amat membantu dalam membangunkan laman web sendiri. Saya berjaya membina laman web saya hanya berdasarkan tutorial yang terdapat di dalam laman tersebut. Bukan itu sahaja malah saya telah mengendalikan program training buat website yang pertama setelah mendapat ilmu daripada laman web AutoMLMAnda. Bagi saya ianya merupakan satu rahmat apabila saya terjumpa laman web ini kerana ilmu yang diberi bukan sahaja lengkap tetapi PERCUMA. Atas inspirasi itulah saya telah berjaya menghasilkan ebook PERCUMA. Terima kasih kepada Sifu Mazelan kerana kini mata dan minda saya telah terbuka secara total mengenai perniagaan internet. Terima kasih banyak-banyak."

Azizi Bin Mohamad
019-4719552

Daripada: azizimohamad05@gmail.com
buat website
Nurul Asyraf Yusoff
013-4427102
Facebook
Website
"Website AutoMLMAnda sangat2 membantu untuk memulakan biz internet kerana di dalam setiap pengajaran atau kaedah, step by step yang ditunjukkan amat jelas. Tambahan saya suka cara pengajaran untuk menjual produk sendiri. Saya berani katakan website ini telah membantu saya untuk mempelajari apa itu cara membina/memiliki website sendiri walaupun saya sendiri pun pada mulanya tak tahu cara untuk membina website. Jadi kepada sesiapa yang benar2 ingin membina website sendiri tanpa mengeluarkan modal, boleh saja ikut cara yang ditunjukkan di website AutoMLMAnda. If ada modal, ikuti kursus yang dianjurkan oleh website AutoMLMAnda. Disamping itu Encik Mazelan juga sudi berkongsi cerita lucu/motivasi/tips perniagaan di dalam emel untuk subcribers beliau. Jadi hari2 saya dapat input dari perkongsian beliau! Tq..;-)

Nurul Asyraf Binti Yusoff
Kedah

Daripada: shifaulhusna@yahoo.com
buat website
Mazini Jumik
013-5412056
Facebook
Website
Salam..

* Website AutoMLMAnda sangat berguna kepada semua usahawan internet terutama sekali kepada pengguna-pengguna GDI dan yang masih baru lagi dalam bidang ini. Langkah-langkah dalam AutoMLMAnda mudah sekali diikuti dan yang peliknya, ianya percuma! sepatutnya ia website yang berbayar setiap bulan, jika anda tidak percaya cuba bandingkan ia dengan harga ebook yang ada dalam website saya nanti.

* Kandungan email kempen sangat padat, jujur dan membuka minda saya.

* Melalui website AutoMLMAnda saya dapat membina website saya sendiri tanpa khidmat webmaster yang sudah pasti upahnya sangat tinggi. Mempunyai traffic yang ramai memang idaman setiap dari kita, jadi melalui AutoMLMAnda ia dapat menarik ramai traffic yang inginkan ilmu pengetahuan dalam website ini yang seterusnya akan menjadi subscriber setia kita.

Melalui email kempen, saya dapat mengetahui masalah-masalah usahawan internet, pengalaman-pengalaman En. Mazelan sendiri, testimoni/cerita subscriber dan kajian En. Mazelan sendiri dan juga tips-tips perniagaan internet.

Daripada: maju3000@gmail.com
buat website
Hairuddin Mohd Nor
019-2047907/012-4954515
Facebook
Website
1. Pendapat saya, ya sangat bagus tapi masih ramai yang perlekehkannya.

2. Email kempen memang power sekiranya anda baca sampai habis, tapi persoalan saya adakah mereka setelah register baca sampai habis?

3. Bagi saya banyak faedah yang dapat saya pelajari setelah jumpa tuan di alam maya, dari zero sekarang saya dah mula faham 45% Internet Marketing, selok belok internet, tuan hantar berapa muka surat email pun saya akan teliti dan fahamkan step by step. Tak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasiah kepada TUAN...

MOHD HAIRUDDIN MOHD NOR


Daripada: mohdhairuddinmhdnr@gmail.com
buat website
Abd Wahab Salleh
0193235269
Facebook
Website
Salam Tuan,

1. Website AutoMLMAnda amat beguna dan sepatutnya amat perlu bagi mereka yang mahu menjalankan perniagaan internet

2. Email kempen yang tuan hantar pun amat berguna bagi saya dan bagi mereka yang mahu belajar.

3. Hasilnya dari email kempen tersebut, ianya dapat membantu saya dan mereka yang mahu belajar.



Daripada: wazan98@yahoo.com
buat website
Mazni Ismail
0196028305
Facebook
Website
Pandangan saya tentang AutoMLMAnda, ia sangat bagus En Mazlan, banyak pekara yang saya tidak tahu sekarang telah menjadi mudah bagi saya untuk membuat website sendiri.

Dengan AutoMLMAnda kini saya tidak perlu mengeluarkan wang untuk membuat website, memadai dengan perisian percuma yang En Mazlan tunjukkan kepada saya.

Bagi saya perniagaan itu adalah yang kedua kerana ada yang lebih penting iaitu pegetahuan membina website secara percuma yang tidak boleh didapati di mana mana.


Sekarang ini boleh dikatakan sudah mahir untuk membuat website. Kalau ada orang yang berminat untuk mengupah saya membuat website , saya rasa tidak ada masalah lagi.

Sekali lagi saya beterima kasih kepada En. Mazlan dengan AutoMLMAnda.



Daripada: akinlihim@yahoo.com.my
buat website
mohd sharil marijo
017-6297589
Facebook
Website
Kepada anda di luar sana, kepada rakan2 yang berminat ingin menceburi bidang online...

Pelajarilah bagaimana untuk memulakan perniagaan anda dengan sistem yang betul dan teratur secara datang sendiri untuk mempelajarinya bersama saudara Mazlan Abas @ melalui web AutoMLMAnda.... web panduan membina laman web & marketing.... secara online....

Saya yang pada mulanya langsung tidak faham dan pandai bagaimana untuk membina, mengurus dan menggunakan sistem yang betul , kini telah berjaya dengan segala panduan yg saudara Mazlan adaptasikan pada web beliau.... hanya secara online saya pelajari dan gunakan panduan beliau, saya berjaya mengumpul subscriber melebihi 59,000 orang hanya dalam tempoh 6 bulan dari pertama kali menemui web beliau.... Tiada pun mana2 laman web yang sanggup memberikan panduan berguna ini dengan PERCUMA, bagaimana untuk membina website sendiri & memulakan perniagaan secara online.. Segala panduan dari newsletter beliau menjadikan anda punyai panduan yang tepat dalam menyusuri galur-galur perjalanan pemasaran web produk anda... HARGAI MASA - GUNAKAN YANG PERCUMA.

admin sharilbizmambau
Teraju Utama
WAFAZ TRADING & MANAGEMENT ( NS0060311-P )
mambauN9

Daripada: Mambau Kids <tiara_5841@yahoo.com>
buat website
Mohamad Fariz
012-9503877
Facebook
Website
- Saya tak sangka, ada jugak yang baik hati bagi kelas percuma untuk buat duit melalui internet. Pelajaran dari website ini amat berguna sekali. Saya dah terpikir nak pergi kelas belajar website dengan harga RM350. Tapi bila terjumpa website http://pakejautomlmanda.com saya belajar dari depan komputer je.. Tak perlu ke kelas.. Thanks Saudara Mazelan

- Isi yang sangat berguna.. Padat dengan info2 berguna untuk perniagaan internet. Cerita2 menarik yang dishare juga menambahkan semangat untuk berjaya...

- Saya banyak belajar dari Saudara Mazelan.. Thanks



Daripada: farizkumai@yahoo.com
buat website
Mu'alim Tumi'an
Facebook
Website
Saudara Mazelan,

Saya pernah menyertai satu perniagaan MLM online yang terkenal. Sistem yang digunakan adalah sepenuhnya online. Secara kebetulan pula upline saya jauh di seberang. Jadi saya hanya berkomunikasi melalui email untuk menjimatkan kos. Dalam tempoh 3 bulan saya menyertai perniagaan tersebut tiada yang subscribe bawah saya. Saya tidak tahu membina website yang asas, apa itu autoresponder dan juga teknik pemasaran di internet.

Sehinggalah pada satu ketika saya terjumpa satu website yang memperkenalkan sistem AutoMLManda. Dari situ saya mula belajar bagaimana membina mini website dengan hosting GDI, membuat email kempen dengan Trafficwave dan teknik pemasaran di internet. Sekarang ni setiap hari ada sahaje yang subscribe bawah saya walaupun saya tidak lagi menyertai perniagaan online yang terkenal tersebut. Saya percaya dengan sistem AutoMLManda saya boleh memasarkan apa sahaja produk atau perniagaan saya pada masa akan datang.


Daripada: mualimt@gmail.com
buat website
Mohd zaki Daud
Facebook
Website
Pengalaman buruk saya membuat perniagaan secara offline bersama beberapa syarikat MLM menyebabkan saya kerugian ribuan ringgit dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Saya membuat keputusan untuk tidak mahu memulakan apa-apa bisnes lagi sebelum saya memiliki kefahaman yang jelas tentang bagaimana untuk melaksankan sesebuah bisnes sehinggalah saya bertemu dengan AutoMLMAnda. Saya cuba mengikuti apa yang disarankan oleh En Mazelan di dalam siri email kempen yang disampaikan kepada saya. Alhamdullilah dalam tempoh tidak sampai 15 hari saya sudah dapat mengumpulkan 120 subscriber yang link ke website saya. Saya belum berhasil lagi di dalam perniagaan baru saya tetapi saya lebih yakin untuk memulakan perniagaan baru ini memandangkan jumlah bilangan yang subscribe ke web saya hampir 5-7 orang sehari. Terima kasih sifu Mazelan.

Doakan saya juga berjaya seperti tuan suatu hari nanti...


Daripada: m_zakidaud@yahoo.com
Copyright©2011 AutoMLMAnda.ws All Rights Reserved


ASR Search Engine